My Add

Thursday 22 August 2013

Sukuk RM1 bilion Prasarana catat kejayaan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Syarikat Prasarana Negara Bhd., menerusi Program Sukuk Ijarah, telah berjaya meletakkan harga Nota Jangka Sederhana Islam (MTN) nilai nominal RM1 bilion, dengan nisbah bidaan berbanding penerimaan melebihi tiga kali ganda.

Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana berkata, MTN itu, dijamin oleh kerajaan Malaysia, terdiri daripada RM500 juta dalam nilai nominal tranche 10 tahun dan RM500 juta dalam nilai nominal tranche 15 tahun.

"Ditawarkan menerusi proses tawaran bida, permohonan yang diterima untuk tranche 10 tahun itu mencapai RM1.64 bilion pada tempoh proses tawaran bida satu hari itu, yang mewakili nisbah bidaan berbanding penerimaan sebanyak 3.27 kali," katanya.

Permohonan untuk tranche 15 tahun, sementara itu, meningkat kepada kira-kira RM1.55 bilion yang mewakili nisbah bidaan berbanding penerimaan sebanyak 3.1 kali, katanya.

Pengarah Kumpulan Bahagian Kewangan, Mohd. Zahir Zahur Hussain, berkata, sukuk itu diletakkan pada harga yang rendah pada panduan harga akhir, yang menunjukkan kehendak pelabur yang kukuh dan kecairan yang mencukupi pada pasaran untuk kertas gred tinggi dengan jaminan kerajaan seperti sukuk.

AmInvestment Bank Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd adalah pengatur utama bersama sukuk itu.

Kedua-dua bank itu, bersama dengan HSBC Amanah Bhd dan RHB Investment Bank Bhd, juga adalah pengurus utama bersama dan pengurus permintaan bersama. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment