My Add

Friday 9 August 2013

Sultan Ibrahim berangkat tunai solat Aidilfitri di Masjid Abu Bakar

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 8 Ogos, 2013: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Abu Bakar di sini.

Turut mengiringi baginda ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Laksamana, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim; Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri (EXCO) Johor dan ketua jabatan kerajaan Johor.

Selesai solat, baginda turut meluangkan masa untuk bersalaman dengan jemaah. - BH

No comments:

Post a Comment