My Add

Friday 9 August 2013

Sultan Pahang ketuai lebih 2,000 rakyat negeri solat Aidilfitri

 * SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Kuantan, hari ini. - Foto Mustaffa Kamal
KUANTAN, KHAIS, 08 Ogos, 2013: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengetuai lebih 2, 000 umat Islam di bandar ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, pagi ini.

Turut menunaikan solat bersama baginda ialah Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemimpin kerajaan negeri.

Khutbah Aidilfitri disampaikan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, manakala solat Aidilfitri diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Ustaz Khalil Mohd Zari.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, jemaah mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Sultan Pahang dan ahli keluarga baginda sebelum meninggalkan masjid.

Sementara itu, Menteri Besar turut mengadakan majlis rumah terbuka bermula 10 pagi hingga 3 petang  bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini. - BH

No comments:

Post a Comment