My Add

Sunday 4 August 2013

Surat misteri: Polis sedia siasat sekiranya ada laporan

PULAU PINANG, SABTU, 03 Ogos, 2013: Polis tidak menerima sebarang laporan mengenai pengedaran surat misteri yang dihantar ke rumah penduduk di sekitar Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Rahim Hanafi berkata, sekiranya ada pihak berbuat demikian, maka pihaknya akan menyemak dan meneliti kandungan laporannya.

"Setakat ini, saya sahkan tiada laporan diterima oleh pihak kami, namun polis akan siasat kalau ada laporan dibuat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kemunculan surat misteri mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment