My Add

Wednesday 21 August 2013

Taiwan bersiap sedia hadapi ribut

TAIPEI, RABU, 21 Ogos, 2013: Taiwan telah memindahkan 1,000 orang pelancong dan mengatur kedudukan tenteranya sebagai persedian menghadapi Ribut Tropika Trami.

Pusat Biro Cuaca berkata, ribut tersebut kini terletak pada jarak 590 kilometer di timur-tenggara Taipei, bertiup dengan kadar kelajuan 126 kilometer sejam, dan dijangkakan akan membawa hujan lebat mulai pada malam Selasa.

"Bermula malam ini, akan ada hujan lebat atau sangat lebat di kawasan-kawasan pergunungan di timur dan barat.

"Impaknya akan dirasai bermula pada malam Rabu sehingga ke pagi hari Khamis,’’ kata Pusat Biro Cuaca dalam satu kenyataan hari ini. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment