My Add

Wednesday 21 August 2013

Tamak punca ramai jadi mangsa jenayah siber

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Sikap 'tamak' antara punca orang ramai masih menjadi mangsa jenayah siber walaupun banyak pendedahan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa termasuk mangsa yang pernah ditipu sebelum ini.

Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, kejadian jenayah siber seringkali dilaporkan di media massa dan ia sepatutnya telah menjadi iktibar kepada masyarakat supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

"Selalunya jenayah siber ini melibatkan keuntungan dan disebabkan hal demikian, orang yang selalu menjadi mangsa adalah mereka yang tamak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata orang ramai perlu berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan tawaran yang diberikan melalui Internet.

"Kita perlu abaikan sebarang tawaran yang dibuat di Internet kerana selalunya penipuan jenayah siber berlaku bermula daripada tawaran istimewa.

Bukan semua tawaran yang diiklankan di Internet adalah palsu namun kita perlu selidik terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan dengan orang lain melalui Internet," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment