My Add

Wednesday 7 August 2013

TBS mampu tampung perkhidmatan Utara, Timur, Selatan

 * SYED Hamid Albar (kanan) beramah mesra dengan penumpang bas ekspres semasa lawatan menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Mohd. Nur Kamal (dua, kanan).
KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Ogos, 2013: Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dilihat bukan sahaja mampu menampung perkhidmatan bas yang menuju ke Selatan malah ke arah Utara dan Timur juga.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Albar berkata, sehubungan itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan perkhidmatan bas di Pudu Sentral dan Hentian Duta akan berpindah ke TBS.

Katanya, pihaknya akan melihat kemungkinan itu dan bekerjasama dengan pihak berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan UDA Holdings Bhd. (UDA).

"Perkara ini dalam perancangan, di peringkat perancangan. Jika berpindah, kita nak tentukan tiada masalah lain akan timbul.

"Pilihan terbaik buat masa ini ialah TBS kerana kapasiti kemampuannya baru 30 peratus, sehubungan itu, sebelum hendak membina di tempat lain, lebih elok fikirkan kemudahan di TBS," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hentian Duta sempena Hari Raya Aidilfitri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal dan Pengurus Besar Penguatkuasaannya, Datuk Che Hasni.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, beberapa hari lalu pihaknya telah menangkap 24 ulat tiket di Pudu Sentral.

"Kita sedang menyiapkan kertas siasatan terhadap ulat ini dan jika ada kes akan dibawa ke mahkamah," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment