My Add

Sunday 11 August 2013

Tentera cedera parah ditembak di sempadan

BUKIT KAYU HITAM, SABTU, 10 Ogos, 2013: Seorang anggota tentera cedera parah akibat ditembak ketika sedang membuat rondaan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini awal pagi ini.

Mangsa yang berusia 26 tahun ditembak suspek dari arah Thailand.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu berlaku semasa mangsa sedang membetulkan pagar sempadan yang berlubang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya mengesahkan kejadian. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment