My Add

Sunday 11 August 2013

Tentera Pakistan bunuh 8 pemberontak

QUETTA, Pakistan, AHAD 11 Ogos, 2013: Pasukan Keselamatan Pakistan semalam menembak mati lapan pemberontak yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan yang mengorbankan 17 orang di wilayah bergolak Baluchistan minggu lalu.

Jurucakap kerajaan berkata, enam pemberontak terbunuh ketika berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di kawasan Mach daerah Bolan, 70 kilometer di tenggara Quetta.

"Pihak tentera telah mengelilingi pemberontak yang menyembunyikan diri dan meminta mereka untuk menyerah diri tetapi pemberontak melepaskan tembakan,’’ katanya.

Dua lagi pemberontak ditembak mati oleh tentera di Daerah Mastung. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment