My Add

Wednesday 21 August 2013

Tiga dibunuh pengebom berani mati di Afghanistan

KABUL, RABU, 21 Ogos, 2013: Tiga orang termasuk seorang anggota polis terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di bandar Puli Alam, timur Afghanistan semalam.

Lapan orang lagi turut cedera di dalam insiden yang mensasarkan kenderaan keselamatan tersebut.

NATO berkata, salah seorang yang terbunuh merupakan anggota mereka yang berkhidmat di timur Afghanistan, namun tiada maklumat lanjut tentang mangsa yang terlibat. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment