My Add

Sunday 11 August 2013

Tindakan pemimpin Pas dilihat boleh dikaitkan

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Ogos, 2013: Pas sukar untuk tidak mengaitkan parti itu dengan Syiah apabila tindak tanduk segelintir pemimpin kanannya memperlihatkan kecenderungan mereka menyokong fahaman tersebut.

Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara, Sheikh Ismail Omar berkata, antara buktinya ialah kunjungan hormat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan ditemani beberapa ahli parti ke Syria dan bertemu dengan pemimpin-pemimpin kanan Presiden Bashar al-Assad pada tahun lalu.

Beliau berkata, tambahan pula ketika kunjungan itu dibuat masyarakat Islam antarabangsa membuat kecaman keras terhadap Bashar ekoran tindakan pasukan tenteranya membunuh golongan sunni di negara itu.

''Rakaman pertemuan yang turut disiarkan di stesen televisyen Syria kini tersebar di YouTube (http://www.youtube.com/watch?v>hqPbwP9tdEA).

''Persoalannya, mengapa Mohamad berkunjung ke Syria ketika orang Islam sunni sedang dibunuh oleh Bashar yang merupakan seorang berfahaman Syiah,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pas sebelum ini menjelaskan bahawa sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan Timbalan Presiden Pas itu dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar sebagai pengikut Syiah.

Ismail berkata, selain peristiwa kunjungan Mohamad ke Syria, terdapat kenyataan seorang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Abdul Ghani Shamsudin yang dipetik di dalam AhlulBayt News Agency berhubung dengan Syiah pada 10 Jun 2011.

Menurutnya, dalam kenyataan tersebut pemimpin Pas itu dengan jelas menyatakan sokongannya terhadap fahaman Syiah.

''Dalam kenyataan itu pemimpin Pas berkenaan menyatakan gagasan teori Wilyah Faqih Imam Khomeini meskipun menurut aturan Syiah, namun dari sudut pengambilannya adalah daripada fundamental Islam, maka kebanyakan Ahli Sunnah turut menerima dan menghormatinya,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment