My Add

Monday 12 August 2013

TPM arah siasat segera insiden letupan

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Ogos, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden letupan yang meragut nyawa seorang lelaki di Taman Sri Periuk di Tumpat, Kelantan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau amat sedih dengan kejadian itu terutama dalam suasana umat Islam sedang meraikan Aidilfitri.

Dalam masa sama, beliau berharap, keluarga Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, yang menjadi mangsa dalam kejadian itu bersabar dengan dugaan tersebut.

"Kepada keluarga Allahyarham Mohd. Yusrizal, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap dapatlah bersabar serta reda dengan dugaan Allah SWT ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai meninggal dunia setelah mengambil bungkusan dipercayai mengandungi bahan letupan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra di halaman rumah mentuanya di Taman Sri Periuk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment