My Add

Saturday 3 August 2013

Trafik di seluruh negara masih terkawal - PLUS

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Ogos, 20013: Keadaan trafik di seluruh negara hari ini masih terkawal biar pun cuti persekolahan sudah bermula semalam dan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi petang ini memaklumkan, hanya terdapat beberapa laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan iaitu dari Nilai menghala ke Seremban, dari Subang ke Dataran Prima dan dari Kota Damansara ke Damansara.

"Keadaan lalu lintas hari ini masih terkawal termasuk di Tol Sungai Besi dan Jalan Duta serta Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua arah. Kenderaan dijangka hanya akan mula sesak pada Selasa dan Rabu ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment