My Add

Friday 2 August 2013

Tujuh panel pilih rektor baharu Kuin - Mukhriz

ALOR SETAR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk memilih rektor baharu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Jamil Osman yang meletak jawatan pada Mei lalu.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh tujuh panel iaitu empat orang menerusi lantikan Kementerian Pendidikan dan masing-masing seorang dari Pejabat Menteri Besar, Exco kerajaan negeri serta Senat Kuin.

Kata beliau, meskipun Kuin merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta, namun pendekatan dalam pemilihan rektornya adalah mengikut amalan IPT awam yang disyorkan kementerian dengan penubuhan jawatankuasa tersebut.

"Mereka akan menilai senarai empat atau lima calon dari latar belakang berbeza dan berkelayakan sebelum memilih seorang paling layak untuk menerajui Kuin sebagai rektor baharu.

"Saya meminta perkara ini disegerakan dan difahamkan mesyuarat pertama jawatankuasa ini adalah pada 6 Ogos ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam Majlis Sahur Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam yang disertai kira-kira 500 orang di Kampung Imam di sini awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment