My Add

Wednesday 7 August 2013

Tujuh terbunuh kejadian letupan bom di Karachi
 
KARACHI, RABU, 07 Ogos, 2013: Tujuh terbunuh manakala 26 yang lain cedera dalam satu kejadian letupan bom di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan awal pagi tadi.

Letupan berlaku di kawasan kejiranan penduduk miskin di bandar berkenaan, Lyari selepas perlawanan bola sepak.

“Bom terbabit dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan di luar stadium. Kejadian mengakibatkan tujuh mangsa terbunuh dan kebanyakan mereka adalah remaja,” kata Pegawai Polis Karachi, Tariq Dharejo.

Dharejo berkata, bom berkenaan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

Sementara itu, Ahli Parlimen tempatan daripada Parti Rakyat Pakistan, Sania Naz turut mengesahkan angka korban akibat letupan itu mencecah kepada 11 nyawa.

Beliau berkata, mangsa yang terbunuh berumur dalam lingkungan enam hingga 15 tahun. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment