My Add

Sunday 4 August 2013

Tunku Aziz sifatkan Guan Eng keras kepala

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Ogos, 2013: Kedegilan Lim Guan Eng mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak memenuhi dua syarat yang ditetapkannya memperlihat sikap samseng dan keras kepala Setiausaha Agung DAP itu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Guan Eng jelas tidak menghormati undang-undang kerana ROS merupakan pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab mengendali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik.

Menurut beliau, Guan Eng sepatutnya menyedari penubuhan DAP adalah di bawah bidang kuasa ROS dan sebagai sebuah parti yang dibarisi ramai Ahli Parlimen syarat yang diberi kepada ROS adalah tidak munasabah.

"Ini perangai orang samseng serta keras kepala (Guan Eng) dan ini juga sebuah parti (DAP) yang kononnya mahu membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Mereka cukup pandai kutuk kerajaan mengenai pengundi hantu dan pengundi Bangladesh, tetapi apabila berlaku kepada diri sendiri, boleh pula beri syarat itu dan ini, ini sikap dwi standard," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment