My Add

Saturday 3 August 2013

UDA bina 112 kedai desa bernilai RM15 juta

* UDA menyediakan ruang niaga di lokasi perniagaan yang mampan, teratur dan mampu disewa oleh usahawan desa.
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: UDA Holdings Bhd. (UDA) telah membina 59 lot kedai bersamaan 112 buah kedai desa di enam buah negeri dengan kos sebanyak RM15 juta sejak Ogos 2011.

Ketua Pegawai Operasi UDA Land Sdn. Bhd., Mohd. Hassan Mohd Salleh berkata, projek berkenaan merangkumi sebuah di Melaka, Johor dan Kelantan, manakala masing-masing dua serta tiga buah di Pahang, Terengganu dan Perak.

"Pembinaan kedai desa ini bertujuan meningkatkan pendapatan masyarakat desa, terutamanya golongan bumiputera melalui penyediaan ruang niaga di kawasan pekan dan bandar-bandar kecil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap pembangunan kedai-kedai desa ini dapat membantu meningkatkan jumlah usahawan desa dan membuka lebih banyak peluang perniagaan.

UDA berperanan menyediakan ruang niaga di lokasi perniagaan yang mampan, teratur dan mampu disewa oleh usahawan desa di lokasi yang strategik.

Tambahnya, pembinaan kedai desa ini membuktikan UDA masih relevan dan terus menggalas hasrat kerajaan untuk memastikan rancangan murni kerajaan ini terlaksana terutamanya dalam memperjuangkan agenda bumiputera.

Kedai desa ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu menjadikan kaum Melayu sebagai usahawan yang berjaya dan berdaya saing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment