My Add

Monday 5 August 2013

UMNO Selangor tak halang tanding pemilihan parti

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

KUANG, AHAD, 04 Ogos, 2013: UMNO Selangor tidak menghalang mana-mana pemimpin atau ahlinya di negeri ini bertanding jawatan tertentu dalam pemilihan parti September ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, keputusan bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti adalah hak mana-mana pemimpin atau ahli parti itu asalkan tidak melanggar syarat-syarat pertandingan dan Perlembagaan UMNO.

Walau bagaimanapun, beliau berpandangan pemilihan jawatan dalam parti itu tidak sewajarnya dijadikan keutamaan berbanding kedudukan politik di Selangor yang memerlukan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah.

"Jika ada pemimpin atau ahli UMNO Selangor mahu bertanding untuk mana-mana jawatan dalam pemilihan parti, itu adalah hak mereka berasaskan prinsip demokrasi.

"Namun, saya minta mereka melihat kedudukan dan suasana politik di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum membuat keputusan kerana UMNO Selangor perlu memberi perhatian untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya kepada pemberita di sini semalam. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment