My Add

Monday 5 August 2013

UMNO Selangor tubuh 4 jabatan mantapkan jentera parti

 Noh Omar
SHAH ALAM, AHAD, 04 Ogos, 2013: Badan Perhubungan UMNO  Selangor hari ini mengumumkan penubuhan empat jabatan baharu dalam usaha untuk memantapkan jentera parti bagi menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat, kata Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Noh berkata beliau sendiri akan mengetuai Jabatan Pilihan Raya manakala timbalannya Abdul Shukur Idrus akan mengetuai Jabatan Media Sosial.

Beliau berkata Jabatan Latihan dan Penyelidikan akan diketuai Ketua Bahagian Umno Hulu Langat Datuk Johan Abdul Aziz manakala Jabatan Penerangan diketuai Datuk Amiruddin Setro, Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor.

Mesyuarat pada hari ini juga memutuskan pelantikan Johan sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Negeri yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan Amiruddin dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri menggantikan Abdul Shukur, katanya.

Datuk Fateh Iskandar FD Mansor dikekalkan sebagai Bendahari UMNO Negeri, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno negeri, di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment