My Add

Saturday 3 August 2013

Unit Kecemasan HKL beroperasi 24 jam

 KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Seramai 73 petugas Jabatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan ditugaskan 24 jam pada hari raya pertama dan kedua, bagi merawat pesakit yang dibawa ke unit itu.

Ketua Unit Perhubungan Awam HKL, Rohana Amda memberitahu Bernama petugas terdiri daripada tiga doktor pakar, 30 doktor, 20 pembantu perubatan dan 20 jururawat.

Mereka akan berada dalam keadaan berjaga-jaga selama 24 jam di unit Kecemasan HKL, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kecemasan HKL menerusi talian 999 atau Pusat Talian HKL, 03-2615 5333 dan 03-2615 5555 untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment