My Add

Monday 12 August 2013

Visa masuk bebas ke Filipina kini 30 hari

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Ogos, 2013: Dalam usaha menarik lebih ramai rakyat Malaysia melawat Filipina, kerajaan negara itu melanjutkan visa kemasukan bebas untuk warga Malaysia dari 21 hari kepada 30 hari, berkuat kuasa Julai lepas.

Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya berkata, peraturan itu terpakai kepada mereka yang mempunyai pasport yang sah bagi tempoh enam bulan daripada tempoh penginapan mereka dan mempunyai tiket pulang ke negara asal atau tiket ke negara destinasi berikutnya.

"Tambahan hari ini, pelancong boleh meneroka Tagaytay, Boracay, Cebu, Camarines Sur dan lokasi lain di kawasan luar bandar Filipina dan mengetahui mengapa kami memilih slogan, 'ia adalah lebih menyeronokkan di Filipina'," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jarak yang hampir antara Filipina ke Malaysia dan bilangan penerbangan yang meningkat kini membuka peluang lebih besar bagi pertukaran pelancong kedua-dua negara.

Malaysia antara 151 negara yang diberi lanjutan visa kemasukan bebas oleh kerajaan Filipina. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment