My Add

Saturday 10 August 2013

Wakil tetap Malaysia ke PBB adakan rumah terbuka

NEW YORK, JUMAAT, 09 Ogos, 2013:: Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Hanif turut mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di kedutaan Malaysia di sini, semalam.

Tetamu yang kebanyakannya berpakaian baju Melayu memenuhi ruang dewan

kedutaan yang tersedia dengan pelbagai jenis makanan Malaysia. Hussein kelihatan sibuk melayan tetamu termasuk masyarakat bukan Islam.

Sebelum itu solat sunat Aidilfitri turut diadakan di kedutaan.

Beliau memberitahu Bernama majlis rumah terbuka adalah acara tahunan di
kedutaan ini yang dapat menghimpunkan ramai rakyat Malaysia.

"Kita menjemput masyarakat Malaysia, pelajar, profesional, anggota keluarga, malah keseluruhan masyarakat Malaysia berada di sini. Ia memberi mereka suasana
berada di rumah sendiri, selain memberi mereka peluang bertemu dengan rakyat
Malaysia yang lain.

"Kita juga ada kakitangan dan anggota keluarga rakyat Malaysia yang
ditempatkan di kedutaan ini, konsulat jeneral dan pegawai-pegawai kerajaan di
New York," katanya.

Malah ada masyarakat Malaysia yang datang sejauh Pennsylvania, Connecticut dan New Jersey.

Hussein berkata, semasa musim perayaan, kedutaan ini menjadi 'rumah kepada
mereka yang jauh dari rumah' kepada kebanyakan rakyat Malaysia yang bukan sahaja
dapat menikmati makanan yang disediakan tetapi juga berkongsi pengalaman dan
pandangan dengan rakan sengara mereka dari pelbagai kawasan pantai timur Amerika
Syarikat ini.

Mengenai sambutan terhadap makanan yang disediakan, beliau berkata makanan
Malaysia menjadi kegemaran komuniti diplomat antarabangsa berdasarkan ramai
diplomat dari kedutaan lain dan juga PBB yang hadir ke acara-acara yang diadakan
Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment