My Add

Thursday 22 August 2013

Wanita UMNO Selangor sokong Shahrizat

 *KETUA Pergerakan Wanita UMNO Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah (tiga dari kiri) bersama pemimpin dan ahli parti sewaktu sidang media di bangunan UMNO Selangor bagi menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk menerajui sayap parti itu pada pemilihan parti Oktober ini, di Shah Alam hari ini.- UTUSAN
SHAH ALAM, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Wanita UMNO Selangor hari ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk kekal sebagai ketua pergerakan itu.

Ketuanya, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat perhubungan negeri Pergerakan Wanita UMNO Selangor yang diadakan baru-baru ini di mana kesemua yang hadir menyatakan persetujuan untuk terus menyokong Shahrizat.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan prestasi Shahrizat yang terbukti cemerlang ketika memegang jawatan ketua Wanita termasuk berjaya menampilkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"Sejak 2009 ketika memegang jawatan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat telah membawa banyak pembaharuan dan perubahan serta melaksanakan janjinya dan paling jelas dengan penubuhan Skuad Sayang Wanita UMNO bagi mendekati semua peringkat masyarakat," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment