My Add

Thursday 22 August 2013

Warga emas dalang penipuan jual beli tanah

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB

KUANTAN, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Polis menahan seorang lelaki warga emas yang dipercayai dalang sindiket penipuan jual beli tanah melibatkan kerugian lebih RM500,000 di negeri ini.

Suspek yang berusia 61 tahun ditahan sepasukan polis diketuai oleh Inspektor Chia Che Chau dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IBu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Kluang, Johor kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, hasil semakan pihaknya mendapati suspek terlibat dalam 12 kes penipuan di negeri ini.

"Selain itu suspek turut mengaku telah menjalankan kegiatan penipuan di beberapa negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang," katanya dalam sidang akhbar di IPK di sini hari ini.

Menurut beliau, modus operandi kumpulan suspek yang terdiri daripada lima orang itu adalah menawarkan tapak milik mangsa untuk membina bangunan seperti sarang burung, projek pendawaian elektrik atau pemasangan kabel.

"Suspek kemudian berpura-pura mengajak mangsa menjadi rakan kongsi dengan membeli tanah tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment