My Add

Tuesday 13 August 2013

Wartakan anti-Syiah elak perbalahan - Mufti

KUANTAN, ISNIN, 12 Ogos , 2013;Mewartakan anti-Syiah di setiap negeri mampu mengelak berlakunya perbalahan berhubung fahaman tersebut yang kini bagaikan duri dalam daging yang boleh mencetuskan persengketaan dalam kalangan umat Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar tentang apa yang terjadi di Iran dan Syria apabila dua penganut fahaman iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah bersengketa sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Menurutnya, fahaman itu perlu dibendung segera kerana bimbang akan meracuni pemikiran anak muda masa kini seterusnya membentuk fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Kita memegang al-Quran, Sunnah dan Hadis Rasulullah sebagai pegangan hidup namun mereka berbeza apabila berpandu al-Quran tetapi menolak yang lain.

"Jika kita tidak mengekangnya boleh menimbulkan kekeliruan seterusnya akan memecah belah umat Islam kepada dua fahaman iaitu Sunni dan Syiah," katanya di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mengambil tindakan awal bagi mengekang penyebaran fahaman terbabit apabila jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak negeri mengharamkan segala bentuk penyebaran Syiah dalam kalangan umat Islam negeri ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment