15,000 DVD cetak rompak, lucah dirampas
Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, SABTU, 26 Oktober, 2013: Sebanyak 15,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai RM90,000 dirampas Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas menyerbu tiga premis di sebuah pasar raya di Tampoi di sini kelmarin.
Pengarahnya, Mohd. Nashuddin Daud berkata, dalam Operasi Matrix bermula pukul 4 petang itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki yang merupakan pekerja premis berkenaan.
"Pelbagai helah digunakan oleh pemilik premis bagi mengaburi perhatian pihak berkuasa, antaranya menyembunyikan DVD cetak rompak dan lucah tersebut di atas siling, namun kita berjaya menjumpainya.
"Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga premis itu, kita merampas 12,000 keping DVD cetak rompak dan 3,000 keping DVD lucah, keseluruhannya berjumlah RM90,000," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment