Penduduk Madagascar mula mengundi
ANTANANARIVO, SABTU, 26 Oktober, 2013: Penduduk Madagascar hari ini mula mengundi dalam Pilihan Raya Presidenyang diadakan dengan tujuan untuk mengembalikan demokrasi kepada negara ini selepas berlakunya krisis rampasan kuasa pada 2009.
Kira-kira 7.8 juta penduduk layak untuk mengundi dalam pilihan raya tersebut bagi menggantikan kerajaan sementara pimpinan Andry Rajoelina, 39, yang merampas kuasa Presiden ketika itu, Marc Ravalomanana.
Sebanyak 20,000 pos pengundian dibuka di seluruh negara ini kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) dan akan ditutup 11 jam kemudian.
Beberapa ahli politik utama termasuk Rajoelina dan Ravalomanana dihalang daripada menyertai pilihan raya tersebut. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment