Fakhrul pula tegur Nur Jazlan
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 November, 2013: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed digesa supaya berhenti daripada memperlekehkan UMNO.
Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kajian Islam Malaysia (Ikiam), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, tindakan Nur Jazlan tersebut hanya akan menampakkan kelemahan dirinya sendiri.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
l Nur Jazlan tidak perlu memperlekehkan UMNO atas alasan pandangan beliau berbeza daripada ahli-ahli dan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan negeri yang lain. Ini bukan persoalan berbeza pandangan tetapi soal emosi dan ego yang beliau sendiri tidak dapat kawal apabila kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini.
l Jikalau semua calon menang, maka itu bukan pertandingan. Jangan memperlekehkan ahli-ahli MT lain yang menang dengan mengatakan menang sebab politik wang. Ini adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab.
l Sebenarnya ahli-ahli UMNO tidak suka dengan calon yang bercakap besar. Pada tahun 2008, Nur Jazlan juga menganggap dirinya cukup layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Saya amat menyokong jika Lembaga Disiplin dapat memberi kaunseling khas kepada Nur Jazlan kerana kenyataan beliau boleh cetuskan persepsi tidak sihat di kalangan orang ramai. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment