My Add

Saturday, 22 March 2014

10,000 solat hajat mohon permudah pencarian MH370

PUTRAJAYA, JUMAAT, 21 Mac, 2014: Lebih 10,000 jemaah menyertai solat hajat memohon kepada Allah semoga operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipermudahkan.

Solat hajat yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.

Solat hajat berkenaan dipimpin oleh imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muhd. Redza Ahmad.

Menurut pegawai perhubungan awam masjid berkenaan, Hamdan Muhamad, solat hajat besar-besaran untuk pesawat MH370 telah enam kali dilakukan di masjid itu.

Katanya, antara inti pati doa yang dibacakan oleh imam Muhd. Redza adalah memohon agar operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 dipermudahkan selain mendoakan keselamatan anggota yang bertugas. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment