![]() |
* JURUTERBANG Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), Leftenan Conan Brett mengendalikan pesawat C-130J Hercules ketika operasi mencari MH370 di sekitar selatan Lautan Hindi, semalam. - AFP/KEMENTERIAN PERTAHANAN AUSTRALIA |
Ketua Divisyen Tindak Balas Kecemasan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (ASMA), John Young berkata, pihaknya kini menggunakan pemerhati berkemahiran untuk mengesan sebarang objek atau serpihan di kawasan terbabit.
"Kami menukar kepada pendekatan visual selepas penggunaan radar semalam gagal mengesan sebarang petanda.
"Pesawat akan terbang rendah, pemerhati terlatih dan mempunyai kemahiran tinggi akan melihat keluar dan mencari objek-objek berkenaan," katanya.
Beliau berkata, keadaan itu juga memerlukan pesawat terbang dengan lebih rapat antara satu sama lain.
"Kami akan memerlukan lebih banyak pesawat untuk melaksanakan pendekatan ini," katanya.
Beliau berkata, lima pesawat terlibat dalam operasi itu hari ini termasuk tiga buah RAAF Australia P3C Orion, sebuah jet korporat dan pesawat tentera laut Amerika Syarikat (AS) P8 Poseidon.
"Cuaca baik ketika melakukan operasi tersebut, namun setakat ini tidak menemui apa-apa," katanya. - AFP/UTUSAN

No comments:
Post a Comment