My Add

Monday 21 April 2014

Angkasa bakal teroka bidang pemborongan, peruncitan

KOTA BAHARU, ISNIN, 21 April, 2014: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bakal meneroka bidang pemborongan dan peruncitan dengan membuka pasar raya besar bagi menjana perolehan baharu, selain memberi manfaat kepada lapan juta anggota koperasi di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Sri Hasan Malek berkata, pembinaan pasar raya besar itu akan dilaksanakan menerusi usaha sama dengan syarikat dari Arab Saudi.

"Kuala Lumpur menjadi lokasi pertamanya sebelum diperluaskan ke bandar-bandar utama lain. Kita (Angkasa) akan mempunyai pasar raya besar milik 100 peratus orang Islam, dari Arab Saudi, di Kuala Lumpur serta bandar-bandar utama lain.

"Kita juga nanti akan menawarkan kepada koperasi untuk menanam modal supaya pelaburan dari luar negara itu dapat kita manfaatkan untuk keuntungan koperasi masing-masing," katanya kepada pemberita selepas perasmian bangunan baharu pejabat Angkasa Negeri Kelantan, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment