My Add

Friday 18 April 2014

Dijel 5 tahun kerana ragut beg

KOTA BHARU, KHAMIS, 17 April, 2014: Seorang buruh dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah meragut beg tangan seorang pembantu klinik, bulan lalu.

Muhammad Shamsul Ihsan Hafiz Muhamad Yusuff, 21, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap Yusemiliyana Akma Jusoh, 21, kira-kira pukul 7.50 malam, 10 Mac lalu di hadapan sebuah klinik di Bukit Marak di sini.

Dalam kejadian itu, dia didakwa melarikan beg tangan milik mangsa yang mengandungi dua telefon bimbit dan beberapa barang peribadi lain.

Muhammad Shamsul didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment