My Add

Wednesday 16 April 2014

Dua mayat pelajar orang asli lemas di Sungai Pahang ditemui

TEMERLOH, RABU, 16 Aprril, 2014: Mayat dua pelajar Orang Asli yang lemas semasa mandi di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang di sini petang semalam ditemui hari ini.

Mayat Suhaimi Ismail, 17, ditemui pada 11.30 pagi tadi manakala seorang lagi rakannya Hasmarizan Yusof, 15, ditemui pada 12.05 tengah hari tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai tidak jauh dari kawasan mangsa dilaporkan lemas.

"Mayat kedua-dua pelajar tersebut kini dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Abdul Aziz, kedua-dua mangsa yang menetap di Kampung Paya Mengkuang Songsang dekat Temerloh dilaporkan lemas ketika mandi di tempat kejadian 5.30 petang semalam. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment