My Add

Friday 25 April 2014

Hak Obama tidak mahu jumpa Anwar - Tun Mahathir

PUTRAJAYA, khamis, 24 April, 2014: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tidak mahu menemui pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan perkara yang tidak perlu dipertikaikan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Obama mempunyai kebebasan untuk tidak mahu berjumpa dengan Anwar kerana itu adalah haknya dan ketua pembangkang itu perlu faham mengenai perkara tersebut kerana ia tidak banyak berbeza dengan konsep perjuangan yang diperjuangkannya selama ini.

“Dia selalu pergi luar negeri jumpa semua orang, cakap macam-macam mengata mengenai negara sendiri, pergi Indonesia cakap macam-macam dan tidak baik pasal negara sendiri.

Kita langsung tidak tahan dia, biar dia cakap sahaja," katanya sebagai mengulas kekesalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tindakan Obama yang tidak mahu bertemu Anwar, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment