My Add

Monday 21 April 2014

Hishammuddin melawat penumpang pesawat MH192 di KLIA

Oleh MOHD. TERMIZI CHE ANUAR

 * HISHAMMUDDIN bertanyakan sesuatu kepada Pengarah Urusan MAS, Ahmad Jauhari Yahya mengenai insiden pesawat MH192 setibanya beliau di KLIA, Sepang, hari ini.
SEPANG, ISNIN, 21 April, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melawat penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berpatah balik mke KLIA.

Beliau dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung insiden pesawat itu berpatah balik setelah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Sepang menuju ke Bangalore, India kerana dikesan mengalami kerosakan pada peralatan pendaratan pesawat itu.

Bagaimanapun, pesawat MH192 itu selamat mendarat di KLIA pukul 1.56 pagi ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment