My Add

Wednesday 16 April 2014

Kadar cerai di Selangor tinggi setiap tahun

SHAH ALAM, RABU, 16 April, 2014: Kadar perceraian dalam kalangan pasangan Islam di Selangor berada pada tahap tinggi setiap tahun sejak 2008.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan, Modal Insan, Dr. Halimah Ali pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini berkata, terdapat 4,069 kes pada 2008, meningkat kepada 4,614 (2009), 5,352 kes (2010), 6,035 kes (2011), 6,098 kes (2012) dan pada 2013 merekodkan 6,028 kes.

Menurut Halimah, bagi pecahan kadar perceraian mengikut daerah, Gombak

merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,160 kes diikuti Klang (1,048 kes), Petaling (997 kes) dan Shah Alam (807 kes).

"Kadar perceraian yang tinggi ini memerlukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengkaji semula punca sebenar berlakunya perceraian. "Bagaimanapun berdasarkan maklumat, antara punca (kadar perceraian tinggi) adalah ada pasangan berkahwin di luar Selangor tetapi bercerai di negeri ini," katanya.

Halimah turut menyenaraikan usaha untuk menangani kadar perceraian yang tinggi termasuk menilai semula modul kursus perkahwinan, memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah serta membentuk jawatankuasa pendamaian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment