My Add

Thursday 17 April 2014

Lebih banyak negara mahu bantu

KUALA LUMPUR, RABU, 16 April, 2014: Lebih banyak negara telah menyuarakan hasrat dan kesediaan untuk membantu dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, yang masuk hari ke-39 hari ini.

Pemangku Menteri Pengang­kutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata: “Tatkala kami meneruskannya (misi mencari)...jika sesetengah negara mungkin mahu mengurangkan pembabitan, terdapat negara lain tampil menawarkan bantuan.

“Kami mempunyai rakan di Timur Tengah yang mahu membantu tetapi mereka tidak mempunyai aset untuk memberikan bantuan langsung, (jadi) kami perlu mencari cara dan kaedah tentang bagaimana mereka boleh memberikan atau memulakan bantuan," katanya.

Bagaimanapun, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan enggan mengulas lanjut tentang negara-negara yang telah menawarkan bantuan.

Terdahulu, beliau menyak­sikan pemeteraian perjanjian antara SME Ordnance Sdn. Bhd. (SMEO) dengan Rheinmetall Waffe Munition GmbH, Poly Group China dan Thai Arms Co. Ltd. Thailand pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014 di sini hari ini.

Bagi pihak Malaysia, Hishammuddin menegaskan kerajaan sentiasa komited dan tidak pernah memperlahankan usahanya untuk mencari pesawat itu.

Beliau berkata, ini terbukti apabila Malaysia menghantar sebuah lagi kapal Bunga Mas 6 ke perairan Perth, Australia untuk membantu operasi mencari itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment