My Add

Thursday 24 April 2014

Maybank raih dua anugerah tanggungjawab korporat

 * ELIZA Mohamed (kiri) menerima anugerah Laporan Kemapanan Terbaik di Anugerah Kemapanan Korporat ASEAN 2014 yang diadakan di Manila, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 April, 2014: Malayan Banking Bhd (Maybank) memenangi anugerah Laporan Kemapanan Terbaik di Anugerah Kemapanan Korporat ASEAN 2014 yang diadakan di Manila, Filipina baru-baru ini.

Turut dimenangi Anugerah Platinum bagi Kecemerlangan dalam Penyediaan Pendidikan di Global CSR Awards 2014 di Bali, Indonesia.

Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Eliza Mohamed berkata, pembentukan nilai melalui inovasi merupakan sebahagian besar budaya Maybank yang diterapkan secara konsisten dalam operasi dan program harian kumpulan itu.

"Ini adalah sejajar dengan misi perkhidmatan kewangan kemanusiaan kami di seluruh Asia.

"Ini suatu yang membanggakan untuk menerima pengesahan ini bagi usaha tanggungjawab korporat kami yang membentuk bahagian penting inisiatif perniagaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment