My Add

Friday 25 April 2014

Penumpang mabuk 'rampas' pesawat Virgin Blue di Bali

JAKARTA, JUMAAT, 25 April, 2014: Seorang penumpang pesawat Virgin Blue yang dalam penerbangan ke Bali dari Brisbane, Australia hari ini dilaporkan cuba memasuki kokpit yang menyebabkan kekecohan menyatakan pesawat itu dirampas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

Pada awalnya, laporan mengenai penerbangan pesawat Boeing 737-800 itu dirampas disahkan oleh seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi TJ seperti dilaporkan oleh stesen televisyen tempatan, Metro TV.

Bagaimanapun, jurucakap Virgin Blue kemudiannya dilaporkan berkata, penumpang yang telah ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat.

Penumpang berkenaan dikenali sebagai Matt Chrisopher dan berusia 28 tahun kini ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment