My Add

Monday 21 April 2014

Petani menang kereta sempena Minggu Saham Amanah Malaysia

KOTA BAHARU, AHAD, 20 April, 2014: Seorang petani dari Parit Buntar, Perak tidak menduga borang peraduan 'Merahnya Mak Ngah' yang diisi sambil menonton televisyen, membolehkannya membawa pulang kereta Toyota Prius bernilai RM94,000 hari ini.

Mohd. Asri Mat Nanyan, 40, diumum sebagai pemenang peraduan itu sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2014 yang berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di sini.

"Saya bersyukur dan masih terkejut memandangkan perkara ini suatu di luar jangkaan. Saya baharu sahaja berniat untuk memiliki sebuah kereta," katanya kepada pemberita.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut merasmikan MSAM 2014 yang berlangsung selama lapan hari bermula hari ini.

Peniaga surat khabar, Halimatun Saadiah Abdul Majid, 47, pula membawa pulang kereta Toyota Vios apabila terpilih sebagai pemenang peraduan 'Pengunjung Bertuah.'

"Saya isi borang penyertaan tersebut pada tengah hari ini dan tidak menyangka dipilih sebagai pemenang bertuah," katanya yang tinggal di Wakaf Che Yeh,di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment