My Add

Saturday 19 April 2014

Sarana Ibu Bapa dan Sekolah perlihatkan perkembangan positif - TPM

SERDANG, SABTU, 19 April, 2014:Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan telah menampakkan perkembangan positif, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, perkara itu jelas dilihat menerusi penglibatan ibu bapa secara sukarela dalam aktiviti sekolah, selain turut mengambil berat masalah disiplin di sekolah.

"Ada ibu bapa yang menggunakan kepakaran dan kemahiran yang ada untuk membantu murid mahir dalam bahasa Inggeris," katanya pada majlis Anugerah Cemerlang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang diperkenalkan pada tahun lepas adalah inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan berkualiti global melalui sekolah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, penglibatan ibu bapa sebagai sukarelawan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) pula, membuktikan pelaksanaan sarana secara sistematik dan berkesan mampu mengubah landskap pendidikan. - BERRNAMA

No comments:

Post a Comment