Saturday, 26 April 2014

'Takdir Itu Milik Aku' dijadikan drama bersiri

KUALA LUMPUR, sabtu, 26 April, 2014: Pembaca dan peminat novel 'Takdir Itu Milik Aku' hasil terbitan SRPublication yang mula diterbitkan sejak tahun 2012 bakal berpeluang menyaksikan kemunculan karya itu sebagai drama bersiri tidak lama lagi.

Penulis novel itu merangkap Pengarah Urusan SR Publication, Siti Rosmizah Semail berkata, adaptasi novel tersebut dibuat atas permintaan para pembaca yang selama ini memberi sokongan sejak awal beliau berkecimpung dalam bidang penulisan.

"Setelah mendapat sambutan hangat menerusi novel pertama, permintaan para pembaca supaya koleksi novel ini diterjemahkan dalam bentuk drama bersiri dan ini mendorong saya membuka syarikat penerbitan sendiri.

"Ini merupakan satu titik permulaan untuk mencuba sesuatu yang baharu di samping memberi hasil penulisan yang terbaik kepada para pembaca setia yang sekian lama setia menyokong hasil karya seni saya yang akan dibawa ke drama televisyen tidak lama lagi," katanya pada Majlis Pelancaran Novel Ketujuh Siti Rosmizah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment