My Add

Friday 25 April 2014

Tumbuk pengadil: Polis rekod 20 keterangan saksi

JOHOR BAHARU, JUMAAT, 25 April, 2014: Polis sudah merekodkan 20 keterangan saksi berhubung insiden bekas pengurus pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) II, On Jabar menumbuk pengadil selepas perlawanan saingan Liga Perdana antara pasukan itu dan UiTM FC, Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, polis setakat ini sudah mengambil keterangan dari On dan beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan.

``Pengadil berkenaan bagaimanapun belum direkodkan keterangannya dan polis juga sedang menunggu laporan perubatannya dari pihak hospital untuk tindakan lanjut,'' katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Mokhtar pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam insiden itu, On dilapor menumbuk muka pengadil Sukri Abd Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukan tuan rumah dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment