My Add

Tuesday 10 June 2014

1.5 juta pencarum belum buat pemeriksaan kesihatan percuma

KUALA LUMPUR, SELASA 10 Jun, 2014: Sebanyak 1.5 juta pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berusia 40 tahun ke atas yang menerima baucar perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma belum melakukan pemeriksaan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk K. Selvarajah berkata, mereka perlu segera mengambil peluang menjalani pemeriksaan percuma itu sebelum tawarannya tamat tempoh pada hujung bulan ini.

Kata beliau, daripada 1.9 juta baucar yang dikeluarkan tahun lalu untuk membolehkan pencarum pelbagai sektor menjalani pemeriksaan kesihatan di hampir 3,000 klinik swasta berdaftar di bawah pertubuhan itu, kira-kira 400,000 penerima sahaja melakukannya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment