My Add

Tuesday 10 June 2014

1Azam manfaatkan 168,000 individu

 Razali Ibrahim
KUALA LUMPUR, ISNIN 09 Jun, 2014: Lebih 168,000 individu berpendapatan rendah mendapat manfaat menerusi Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) yang diperkenalkan kerajaan sejak awal 2011.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, penyertaan dalam program berkenaan berjaya meningkatkan tahap pendapatan isi rumah peserta.

"Program 1Azam membantu membawa isi rumah berpendapatan rendah keluar dari paras kemiskinan menerusi beberapa kaedah termasuk pelajaran, keusahawanan, aktiviti pertanian dan perkhidmatan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mengenai tahap pencapaian Program Transformasi Kerajaan.

Razali berkata, kadar kemiskinan di negara ini adalah pada tahap lebih 60 peratus semasa mencapai kemerdekaan dan menyusut kepada 1.7 peratus pada 2012.

"Kemiskinan tegar kini hampir disifarkan kesemuanya," kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment