My Add

Thursday 12 June 2014

20 pelajar IPTA, IPTS didakwa miliki dadah

 * SEBAHAGIAN daripada mahasiswa termasuk lapan pekerja swasta yang menyertai parti liar di sebuah hotel bertaraf lima bintang didakwa atas pertuduhan memiliki dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.
TELOK KEMANG, RABU 11 Jun, 2014: Seramai 20 orang pelajar institusi pengajian awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta lapan pekerja swasta hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson dekat sini secara berasingan atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dan ketamine.

Tertuduh lelaki, Putera Khairin Syaz-wan Mohd. Latif, 22; Jamal Nassier Abu Hassan, 22; Tun Zaffiqh Sidduque Sabry Sharif, 20; Mohd. Razif Osman, 25; Muhammad Amirul Aqily Abu Bakar, 22; Sharul Nazrin Rashid Abdul Rashid, 24; pasangan adik-beradik Muhammad Zharif IImam Ja'afar, 20; Muhammad Syamim Hafidz Ja'afar, 22.

Turut dihadapkan ke mahkamah, Nur Afiffuddin Mohd. Yusof, 22; Nohalis Ahmad, 28; Muhammad Faizal Abu Bakar, 22 dan Ahmad Shafiq Ahmad Faris, 24.

Tertuduh wanita pula ialah Aishah Natasha Muhammad Khairuddin, 19; Nur Nabihah Abd. Hadi, 21; Nur Fadilah Hamidun, 23; Nur Sarah Aneesa Hisha, 21; Norazlina Saidu, 20; Mimi Syuhaida Mohd. Zaki, 20, dan Widadtul Khairina Mohamad Kamal, 20.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret M. Mageswary.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa memiliki 1.43 gram ketamine di sebuah bilik di Hotel Grand Lexis di sini, kira-kira pukul 1.50 pagi, pada 7 Jun lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki 1.30 gram ganja di tempat, masa dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 akta tersebut yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding berasingan, tertuduh Syed Hussein Ali Alattas, 22, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 5.7 gram ganja di tempat, masa dan tarikh sama.

Mahkamah membenarkan kesemua 19 tertuduh diikat jamin RM2,500 setiap pertuduhan manakala Syed Hussein dijamin RM3,500 sementara menunggu perbicaraan kes selesai. Kes akan di-sebut semula pada 23 Julai ini.

Kesemua 19 tertuduh telah diwakili oleh peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Rajvin Charan Suri sementara tertuduh ke-20, diwakili peguam Md. Ridzuan Othman.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment