My Add

Tuesday, 10 June 2014

24 pengikut Syiah terkorban dalam serangan berani mati

QUETTA, Pakistan, SELASA 10 Jun, 2014: Sekurang-kurangnya 24 orang pengikut Syiah, termasuk 10 orang wanita terbunuh dalam satu serangan berani mati berhampiran sempadan Pakistan dan Iran, menurut satu laporan semalam.

Pegawai daerah Quetta, Akbar Durrani berkata, seramai 13 orang, termasuk lapan wanita dan lima lelaki turut tercedera dalam serangan bersenjata itu ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari Iran.

"Empat pengebom berani mati menyerang restoran di Taftan, kira-kira 700 kilometer barat daya Quetta dalam kejadian tersebut," katanya. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment