My Add

Wednesday, 4 June 2014

3,000 banduan dibebaskan di Uzbekistan

TASHKENT, RABU 4 Jun, 2014: Kira-kira seramai 3,000 banduan dibebaskan pemerintah Uzbekistan di bawah satu pengampunan beramai-ramai yang dianugerahkan kepada hampir 70,000 orang, kata Ketua Pendakwa Uzbekistan semalam.

Pengampunan beramai-ramai tahunan itu diberikan kepada 69,497 orang, kata pejabat ketua pendakwa dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 43,082 telah disabitkan jenayah mereka dan hukuman ditarik kembali, termasuk 3,237 orang yang dibebaskan dari beberapa penjara dan pusat tahanan, tambahnya lagi.

Mereka yang kekal ialah individu-individu yang masih menunggu perbicaraan. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment