My Add

Saturday 7 June 2014

302 gading dirampas selepas cuba diseludup keluar

MOMBASA, SABTU 07 Jun, 2014: Pihak berkuasa Kenya merampas 302 gading haiwan yang di antaranya termasuk 228 gading gajah dalam satu serbuan di sebuah gudang di bandar Mombasa untuk dieksport keluar semalam.

Pegawai Pembantu Pengarah Konservasi Perkhidmatan Hidupan Liar, Arthur Tuda berkata, gading gajah itu diperoleh daripada lebih 130 ekor spesies gajah.

Pasukan polis sehingga kini telah menangkap seorang suspek dan sedang mengesan beberapa suspek lagi yang berjaya melarikan diri. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment