My Add

Friday 6 June 2014

4 kampung dilanda banjir kilat

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

 * RAMLAH Ismail bersama anaknya Nur Haifaa Omar memindahkan barang ke tempat tinggi ekoran rumah mereka digenangi air secara mendadak akibat hujan lebat di Kampung Titi Teras, Gurun, Kedah, semalam. - UTUSAN/Ismail Kamadin
GURUN, KHAMIS 05 Jun, 2014: Ketika hujan bermula sekitar pukul 5 petang semalam, lebih 100 penduduk di Kampung Titi Teras, Kampung Sungai Ibor, Kampung Lebai Ali dan Kampung Bongkok di sini tidak langsung menyangka yang mereka akan berdepan bencana.

Sehinggalah secara tibatiba, paras air meningkat mendadak setinggi pinggang orang dewasa apabila hujan belum berhenti pada pukul 9 malam.

Menurut salah seorang mangsa, Norpisah Suib, 29, kejadian itu berlaku terlalu pantas menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan barangan di dalam rumahnya.

"Mulanya saya nampak air naik dari kawasan paya di kawasan belakang rumah, namun tidak menjangkakan perkara buruk memandang kan situasi itu biasa terjadi setiap kali hujan lebat.

"Namun tidak sampai 10 minit, air deras melimpah ke dalam rumah menyebabkan kami sekeluarga tidak langsung berkesempatan menyelamatkan barang berharga kecuali dokumen penting," katanya yang tinggal di Kampung Sungai Ibor di sini.

Difahamkan hujan lebat itu berlarutan lebih tujuh jam sehingga pukul 1.30 pagi dan kali terakhir ke jadian sama berlaku di situ adalah kirakira tujuh tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ramlah Ismail, 41, yang tinggal di Kampung Titi Teras memberitahu, banjir kali ini lebih teruk berbanding yang terjadi sebelum ini.

"Saya hanya mampu mena ngis melihat rumah dinaiki air. Buat masa ini saya tidak mahu mencuci rumah lagi kerana bimbang kejadian sama berulang dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Dr. Leong Yong Kong ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat. "Saya difahamkan kejadian berlaku akibat hujan yang terlampau lebat dan berterusan. Bagi meringankan beban mangsa, kami akan menyalurkan bantuan seperti makanan serta bantuan kepada mang sa secara berperingkat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment